Tuesday 17 January 2012

MEMBUAT CORAK DAN REKAAN


Definisi
Corak ialah susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas. Oleh itu corak terdiri daripada Corak Terancang dan Corak Tidak Terancang. Corak juga boleh terbentuk daripada bukan motif secara bebas atau Corak Tidak Terancang.

Motif ialah sama ada rupa atau bentuk asas dalam satu-satu rekaan atau gubahan. Ia terdiri daripada motif flora, fauna, geometrikal dan organik.

Corak tradisi ialah corak yang mempunyai motifnya tersendiri dan mempunyai nama-nama tertentu yang berunsur tradisi.

PENGHASILAN CORAK
Terdapat dua cara untuk mendapatkan corak iaitu:
a) Corak Terancang
b) Corak Tidak Terancang

Corak terancang dibuat menggunakan motif yang disusun dengan teratur dan dalam susunan tertentu. Motif ini menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai jenis susunan, termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan corak.

Corak tidak terancang dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu. Ia boleh dihasilkan dengan cara seperti merenjis, meniup, mengayak, menggolek dan sebagainya.




    JENIS-JENIS SUSUNAN DALAM CORAK DAN REKAAN

Susunan Ulang Sekata
Motif yang diulang secara berurutan dalam baris dan lajur yang sama bagi menghasilkan corak yang menarik. Susunan corak ini selalunya menggunakan garisan grid sebagai panduan.

Susunan Berselang Seli
Motif yang disusun secara berselang seli di antara motif yang lain atau di antara ruangan yang kosong. Penggunaan garisan grid dapat membantu menghasilkan corak yang menarik dan teratur.

Susunan Batu Bata
Motif disusun secara berurutan pada baris atau lajur yang sama. Motif seterusnya disusun di antara pertemuan dua motif yang sebelumnya.

Susunan Bertimbal
Motif ini diwujudkan secara cerminan. Motif akan kelihatan dalam posisi yang bertentangan.

Susunan Bertindih
Motif yang sama disusun secara bertindih atau bertindan antara satu sama lain sehingga membentuk corak yang menarik.

     Susunan Beralun
Motif yang dihasilkan kelihatan berombak dalam bentuk garisan yang sekata atau tidak. Motif yang digunakan boleh terdiri daripada motif yang sama atau berbeza.


      Susunan Berpusat
Motif susunan berpusat berpunca daripada satu titik tengah yang dikembangkan. Motif ini boleh dihasilkan dalam bentuk bulatan, segi empat, hexagon, oktagon dan sebagainya.

Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Antaranya melalui kegiatan seperti:
     Corak tidak terancang secara:
 Pualaman
      Pualaman adalah satu penghasilan corak teknik cetakan mono dimana warna dimendapkan daripada cairan yang bergelatin dan melekit dimana  sejenis catan yang tidak bersatu antara air dan minyak di gunakan.Bahan yang berasaskan minyak akan terapung diatas permukaan dalam semua arah mengikut aliran bahan tersebut.  Corak pualaman  boleh di jadikan sebagai kulit buku.
     Tiupan
      Warna air di tiup sama ada terus di atas kertas atau menggunakan straw untuk menghasilkan corak seperti ranting pokok.
      Titisan
Warna akan di titiskan menjadi motif yang menarik.
      Ikatan dan celupan
      Teknik ikat dan celup yang  biasa digunakan ialah simpulan, ikatan, lipatan dan jahitan. Celupan yang terlalu dalam menghasilkan corak yang besar, sebaliknya jika dicelup cetek, coraknya yang terhasil adalah kecil. Teknik ikat dan celup dalam batik juga dikenali sebagai batik pelangi. Haji Che Su b. Ishak adalah antara tokoh batik yang terkenal di Malaysia. Garam digunakan sebagai bahan penyerapan.

       
  Renjisan dan percikan
    Ia  didefinisikan sebagai suatu teknik dalam menghasilkan corak terancang atau tidak terancang dengan cara semburan, percikan atau tiupan. Mencipta reka corak renjis melibatkan proses latihan berfikir yang berhubung dengan asas rekaan dan prinsip rekaan.

  Corak terancang secara:
Lukisan,  Catan,   Cetakan,   Capan,  Lipatan dan guntingan,  Resis ,  Kolaj dan
kaligrafi.

No comments:

Post a Comment