Tuesday 17 January 2012

MENGENAL KRAF TRADISIONAL



Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun-temurun. Di sekolah rendah, murid diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti:

1.     Alat domestik  ialah alatan yang biasa di gunakan untuk aktivti seharian seperti  senduk  di buat daripada tempurung kelapa, kukur kelapa diperbuat daripada besi dan kayu, serta tenggala daripada kayu. Tekniknya ialah  luakan, assemble dan ukir.


   2   Alat permainan yang  lazimnya di mainkan selepas musim menuai seperti wau dimana proses yang terlibat adalah memilih buluh, meraut, membina rangka, menampal  kertas dan corak.


Saksikan Video langkah-langkah menghasilkan wau : (KLIK DI SINI)


 3.   Alat pertahanan diri  pula seperti keris, tombak, tumbuk lada, lawi ayam, lembing, dan sumpit.

4.  Perhiasan diri (ornamen) seperti manik, rantai atau hiasan kepala.                                 









 5.   Batik merupakan  sejenis kraf yg dihasilkan melalui proses menerap lilin dan mewarnakan kain. Batik boleh di hasilkan melalui kaedah batik tulis,batik  lukis atau
batik  canting . Ia melibatkan proses dimana  kain akan dibasuh untuk membuang kanji seterusnya  dikeringkan. Kain diregangkan untuk proses melakar  motif dan
corak menggunakan pensil.  Setelah  bahan campuran lilin dipanaskan, proses  melakar diatas fabrik dibuat menggunakan  canting  seterusnya  bahan warna disapu pada motif.

6.   Tekat merupakan tekstil yang dihasilkan dengan cara menyulam benang ke atas kain dasar dari jenis baldu. Proses  adalah penciptaan motif, persiapan pemidang, membentuk mempulur dan akhirnya  menyulam.





7.   Ukiran  kayu adalah  kraf tangan untuk menghiasi rumah seperti hiasan pada bahagian pintu, siling, dinding, mahupun tebar layar. Teknik  mengukir sepertu  bunga timbul  atau papan tebuk  adalah yang paling digemari .



8.  Tenunan pula adalah seni kraf tekstil paling popular kerana hasilnya yang halus dan bermutu tinggi mencerminkan kreativiti dan kemahiran penenun.




 


9 . Anyaman adalah satu proses menjalin atau menjaring-jaringkan helaian daun buluh, rotan, lidi, bertam,atau  paku pakis ribu – ribu dengan menggunakan cara serta peraturan tertentu melalui teknik menyelang-yelikan antara satu sama lain. Prosesnya agak rumit dimana daun akan dilayur supaya tahan lama. Jangka digunakan untuk melerai daun menjadi saiz tertentu.  Daun akan di lurut supaya mudah di anyam seterusnya di rendam dalam  pewarna.Proses anyaman dimulakan dengan  lagang iaitu bilah daun dibentuk menjadi V. Kelarai adalah  corak atau motif berbentuk dam. Anyaman yang tidak  bercorak kelerai dipanggil ghadas.


10.  Tembikar adalah sejenis
barang kraf yg dihasilkan daripada  tanah liat. Ia dibentuk  kemudian dibakar. Alat yg digunakan  adalah pisau, pengayak, pinggan, penggelek,
dawai pemotong, kayu pembentuk dan  papan gelek

No comments:

Post a Comment