Tuesday, 17 January 2012
MENGGAMBAR
Mengambar adalah satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran seseorang murid. Ia boleh melihat kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan mereka dalam membuat gambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik. Aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi dalam sesuatu hasil karya sangat di tekankan.
Aktiviti seperti lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, gosokan, resis, percikan dan mozek adalah aktiviti yang boleh di laksanakan semasa proses menggambar selain meliputi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat bahan dan kegunaannya.
Oleh itu pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan dapat di pelajari. Persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya boleh di tingkatkan.
Apa itu menggambar ?
Mengambar adalah membuat atau menghasilkan gambar di mana ia adalah salah satu bidang daripada empat kegiatan yang terdapat dalam sukatan Pendidikan Seni Visual.
Mengambar juga adalah penterjemahan atau penghasilan visual/ilustrasi sesuatu objek atau imej yang ada dalam minda secara dua dimensi diatas kanvas atau kertas. Ia mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan rata.
Alat, Media dan Teknik
Murid akan lebih berminat menghasilkan kerja-kerja seni jika di beri alternatif dari aspek bahan iaitu jenis kertas yang mempunyai tekstur, warna dan saiz yang berlainan seperti kertas surat khabar, majalah, kertas tisu, kertas sampul surat, kertas pembungkus hadiah.
Selaian itu penggunaan alat tulis samada media kering atau basah, berwarna atau tidak berwarna mempunyai fungsi tersendiri untuk melengkapkan kerja-kerja menggambar.
Alat, Media dan Bahan
(a)Jenis – jenis alat tulis yang biasa di gunakan dalam menggambar adalah seperti
- Pensil HB adalah pensel jenis keras
- Pensil B (2B - 8B) merupakan jenis pensel lembut
- Pensil warna mengandungi pelbagai jenis warna
-Arang mampu menghasilkan kesan legap dan cepat member kesan kesan
- Pen dan dakwatakan menghasilkan kesan garisan yang lebih halus
- Soft Pastel pula mempunyai pelbagai warna serta mempunyai kesan lembut
- Krayon adalah lembut dan mempunyai kesan lilin
- Pen marker boleh membentuk kesan garisan tebal
- Marker pelukisan (rendering marker)
- Kapur boleh memberi kesan garisan yang tebal namun mudah terpadam
(b) Jenis-jenis Kertas Lukisan
- Kertas lukisan biasa sesuai di gunakan untuk pensel, pen, arang atau krayon.
- Kertas cat air pula lebih tebal dan berkualiti, namun agak mahal.
- Bod bristol - merupakan kertas bod putih yang keras dan licin yang dicipta untuk pen.
- Kertas Ingres - kertas ini mempunyai permukaan yang halus dan berbulu. Ia terdapat dalam pelbagai warna yang cerah. Biasanya digunakan untuk lukisan pastel
- Lain-lain kertas seperti ‘brown paper’, kertas komputer,dan kertas arkitek.
- LUKISAN
Ia adalah seni yang menggambarkan objek atau pelan dengan garisan di atas permukaan rata dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna paling sedikit seperti pensil warna dan krayon.
Unsur garisan amat di tekankan di mana ia adalah kerja asas untuk menghasilkan catan, cetakan atau mural. Ia juga adalah terhasil secara spontan mengikut garak hati atau perasaan pelukis itu.
CATAN
Catan adalah hasil seni bahantara pigmen warna di atas permukaan rata. Ia terhasil melalui sapuan warna ke atas permukaan rata dengan menggunakan berus atau alatan lain . Ia memberi ruang kepada pelukis meluahkan perasaan, membuat interpretasi pandangan atau merakamkan gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang nyata atau abstrak.
Jenis Warna yang lazim di gunakan ialah cat guac , warna Poster, warna Air, cat Akrilik, cat Minyak, cat Tempera, dan Fresko - Kapur plaster
KOLAJ
Penghasilan kolaj adalah dengan cara memotong, mengoyak, menggunting, menampal, menindih bahan-bahan di atas permukaan rata atau 2D . Bahantara yang digunakan untuk menghasilkan kolaj adalah dari bahan- bahan terbuang, jenis kekacang, berbagai jenis kertas dan fabrik.
MONTAJ
Montaj ialah satu aktiviti seni menggambar menggunakan potongan gambar dari berbagai sumber atau sumber yang sama untuk menimbulkan mesej pengajaran, kemalangan, kecuaian, peperangan atau alam sekitar.
Aktiviti montaj lazimnya menggunakan teknik memotong, menampal dan mencantum. Namun, teknik tindihan (kolaj) dan teknik susunan gambar (mozek) boleh digabungkan digunakan dalam aktiviti montaj. Cantuman gambar-gambar akan menghasilkan satu imej baru.Teknik super impose, image editing photography digunakan dengan menggunakan komputer dalam menghasilkan montaj.
Tema bagi aktiviti menghasilkan montaj boleh dikategorikan kepada tema lanskap, alam benda, figura dan corak huruf. Warna-warna harmoni dan warna-warna kontra digunakan dalam montaj untuk menarik perhatianpemerhati.
CETAKAN
Cetakan adalah kesan daripada gubahan yang dihasilkan oleh pelukis pada permukaan blok atau plat ke atas permukaan rata, diulang dan dicipta dalam bentuk edisi dengan menggunakan dakwat. Ia boleh dilaksanakan melalui proses menggambar dan mencorak yang dilakukan dengan cara memotong permukaan plat dengan dakwat.
Teknik cetakan mono, teknik cetakan timbul, (blok kayu dan lino) boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah.
GOSOKAN
Mengikut Kamus Dewan, gosokan bermakna bergeser, bergesel, menggosok dengan (tangan, barang dll) menggunakan sesuatu untuk menggosok.
Menurut Glosari Seni Lukis pula gosokan bermakna pemindahan reka bentuk atau corak dari sesuatu permukaan ke permukaan lain dengan cara menggosokkan pensel di atas permukaan yang hendak dipindahkan.
Gosoka adalah proses menggosok dan merekod corak daripada permukaan yang berjalinan serta member ruang kepada murid meneroka proses mengambar menggambar melalui deria sentuh yang terdapat di sekeliling mereka.
Untuk menghasilkan cetakan, murid boleh menggosok dakwat, pensel, kapur ke atas sekeping kertas yang diletakkan di atas suatu permukaan yang berjalinan.
Pelbagai teknik gosokan boleh di teroka iaitu gosokan satu lapis dan satu arah sahaja,
gosokan beberapa lapisan di atas tempat yang sama secara berulang kali atau berulang kali dari arah dan sudut yang berlainan, secara pusingan, menggunakan pelbagai warna atau monokrom iaitu menggunakan warna putih dan hitam sahaja dan
gosokan potongan kertas
RESIS
Menurut Glosari Seni Lukis, resis didefinisikan sebagai suatu kaedah melukis cat air dengan menyapu cat ke permukaan yang telah disapukan lilin di bahagian bahagian yang tidak hendak dicat atau diwarnakan.Lilin bertindak sebagai pelindung kepada warna asal atau menghasilkan garisan di atas permukaan ketas.
Sekiranya kain di gunakan, maka canting diperlukan untuk membuat garisan lilin bagi menghasilkan corak batik.Warna pada resis kain dapat di kekalkan dengan menggunakan Sodium silikat . Setelah selesai, rendaman soda ash dalam air panas bertindak untuk membuang lilin yang terdapat pada permukaan kain tersebut.
Resis ialah teknik menghasilkan lukisan atau reka corak dengan menggunakan bahan2 yang tidak bercampur antara satu sama lain seperti cat air dan cat minyak, cat air dan lilin. Dan sebagainya yang boleh dikatakan sebagai proses penolakan warna. Teknik ini dapat dilihat dengan jelas didalam proses penghasilan batik lukis dan batik canting.
GURISAN
Alat yang tajam di perlukan untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu permukaan. seperti permukaan kertas disapu dengan krayon secara berlapis supaya bahan krayon yang tebal berlekat di atas kertas. Kayu, paku atau plastik di gunakan untuk melakar gambar di atasnya .
PERCIKAN
Glosari Seni Lukis menyatakan bahawa percikan adalah corak-corak tompok dan titik pada lukisan cat.Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka pula percikan ialah titik-titik air atau warna yang berserak-serak ke sana sini setelah air atau warna itu terhempas ke suatu permukaan. Makna kedua ialah menghambur ke sana sini, memantul berselerak ke sana sini. Makna ke tiga ialah sesuatu yang memercik, menyebabkan berpercikan, merenjisi.
Percikan diistilahkan sebagai satu hasilan titikan warna yang berselerakan ke sana sini setelah warna tersebut jatuh ke atas permukaan. Aktiviti seperti mendetik, merenjis, mengetuk, menyembur dan memercik boleh menhasilkan percikan. . Alatan penting yang digunakan untuk menghasilkan percikan ialah berus dari berbagai jenis, warna-warna basah dan kertas.Percikan akan menghasilkan satu permukaan seperti batu granit atau marble yang menarik.
Tema yang boleh dijalankan dalam aktiviti percikan termasuklah lanskap, tumbuh-tumbuhan, corak, kad ucapan, setem dan catan.Percikan boleh dihalang dengan menggunakan sesuatu objek atau kertas yang boleh di ubah kedudukannya untuk mengahasilkan kesan tindanan apabila warna kedua dipercikkan.
MOZEK
Glosari Seni Lukis, mozek boleh didefinisikan sebagai satu reka bentuk atau gambar yang dibuat daripada serpihan kaca, kayu, marmar atau pecahan tembikar.
Mozek juga boleh menghasilkan gambar atau corak hiasan dengan menyusun carikan kecil bahan-bahan seperti kaca, marmar dan seramik (tessera), di susun di atas dinding, lantai atau permukaan yang tidak rata untuk menghasilkan pantulan /kilauan.
.Biasanya ia disusun secara bersebelahan dan tidak bertindih. Mozek dalam bentuk foto boleh terhasil dari cantuman beberapa gambar lain disusun menjadi satu tema /tajuk.
STENSILAN
Menggunakan rupa bentuk gambar yang dikeluarkan dari alat stensil dengan sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut.
Apabila bahan warna disapu di atas stensil yang diletakkan atas kertas, bahan warna akan melalui ruang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas.Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment