Entri pada kali ini ialah untuk membincangkan tentang perbezaan antara MOZEK dan KOLAJ.
Lihat penerangan secara grafik di bawah.
Bahan yang digunakan bagi kedua-dua aktiviti sama, iaitu kertas warna atau bahan lain, namun yang berbeza di sini ialah konsep pengolahan bahan tersebut dari aspek susunan dan saiz.
Sebagai tambahan, biasanya, bahan untuk aktiviti mozek perlu dipotong kemas menggunakan pisau atau gunting mengikut saiz yang sama, namun untuk bahan bagi aktiviti kolaj, ianya boleh juga dipotong menggunakan gunting atau pisau, juga boleh melalui carikan cebisan kertas secara manual.