Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun-temurun. Di sekolah rendah, murid diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti:
1. Alat domestik ialah alatan yang biasa di gunakan untuk aktivti seharian seperti senduk di buat daripada tempurung kelapa, kukur kelapa diperbuat daripada besi dan kayu, serta tenggala daripada kayu. Tekniknya ialah luakan, assemble dan ukir.
2 Alat permainan yang lazimnya di mainkan selepas musim menuai seperti wau dimana proses yang terlibat adalah memilih buluh, meraut, membina rangka, menampal kertas dan corak.

3. Alat pertahanan diri pula seperti keris, tombak, tumbuk lada, lawi ayam, lembing, dan sumpit.
4. Perhiasan diri (ornamen) seperti manik, rantai atau hiasan kepala.
4. Perhiasan diri (ornamen) seperti manik, rantai atau hiasan kepala.
5. Batik merupakan sejenis kraf yg dihasilkan melalui proses menerap lilin dan mewarnakan kain. Batik boleh di hasilkan melalui kaedah batik tulis,batik lukis atau
batik canting . Ia melibatkan proses dimana kain akan dibasuh untuk membuang kanji seterusnya dikeringkan. Kain diregangkan untuk proses melakar motif dan
corak menggunakan pensil. Setelah bahan campuran lilin dipanaskan, proses melakar diatas fabrik dibuat menggunakan canting seterusnya bahan warna disapu pada motif.
6. Tekat merupakan tekstil yang dihasilkan dengan cara menyulam benang ke atas kain dasar dari jenis baldu. Proses adalah penciptaan motif, persiapan pemidang, membentuk mempulur dan akhirnya menyulam.

7. Ukiran kayu adalah kraf tangan untuk menghiasi rumah seperti hiasan pada bahagian pintu, siling, dinding, mahupun tebar layar. Teknik mengukir sepertu bunga timbul atau papan tebuk adalah yang paling digemari .
8. Tenunan pula adalah seni kraf tekstil paling
popular kerana hasilnya yang halus dan bermutu tinggi mencerminkan kreativiti
dan kemahiran penenun.
9 . Anyaman adalah satu proses menjalin atau menjaring-jaringkan helaian daun buluh, rotan, lidi, bertam,atau paku pakis ribu – ribu dengan menggunakan cara serta peraturan tertentu melalui teknik menyelang-yelikan antara satu sama lain. Prosesnya agak rumit dimana daun akan dilayur supaya tahan lama. Jangka digunakan untuk melerai daun menjadi saiz tertentu. Daun akan di lurut supaya mudah di anyam seterusnya di rendam dalam pewarna.
10. Tembikar adalah sejenis barang kraf yg dihasilkan daripada tanah liat. Ia dibentuk kemudian dibakar. Alat yg digunakan adalah pisau, pengayak, pinggan, penggelek,
dawai pemotong, kayu pembentuk dan papan gelek
No comments:
Post a Comment